Friendship Never Ends. InsyaAllah
Saturday 12 October 2013, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum & Hi peeps 

Apa khabar semua? Maaflah aku dah lama tak update. Quite busy semenjak dua menjak nih.
Bukan buat apa pun, online Facebook and Twitter sampai dibiarkan blog aku terkontang-kanting. By the way, lawa tak skins baru guwa nih? wkwkwk I love this skins very much :*

Berbalik kepada tajuk. Aku ada ramai kawan. Kawan aku sangat lawa dan cantik belaka. Dan handsome jugak. Aku sangat sayang akan mereka.  Aku tak mahu kehilangan mereka. Rasa sayang ni InsyaAllah takkan pudar sampai bila-bila :') Aku sayangkan korang (malas nak mention, harap orang yang berkenaan terasa okay)

Dah jadi lepasan PMR buat hidup aku rasa macam, "wtf aku nak buat apa" "Bosan okay"
Kebosanan tu yang menyebabkan aku tengok gambar lama lama then gelak macam  orang bodoh sebab gambar kitaorang (actually aku je) kelakar sangat ! Maklumlah masih muda~



With Anis, my beloved friend :*

ni Azira. Kawan aku jugak. Sorry aku takde gambar kita berdua/ bertiga :')

Okay dengar aku nak cerita.
Kami bertiga memang gila-gila.
Masa dulu-dulu lah. Pantang bertemu, memang gelak ketawa akan terburai.
Bergaduh? Memang jarang berlaku. Macam aku kata, kitaorang gila-gila.
Kalau dekat SKTP memang dah ngam, apatah lagi dekat SATP kan? 
Masa pagi dah berjumpa, kemudian masa petang berjumpa pulak. Budak rajin lah katakan -.-
Pagi petang pergi sekolah. Haha. Kalau korang nak tahu, masa kami bertiga kecil-kecil dulu tersangatlah comel. Masa rehat, solat kat sekolah dilakukan bersama.

Aku tak tahu lah sama ada Anis & Azira ingat ke tidak pasal peristiwa ni.
Kita bertiga ke kantin, and then ada makcik tu tegur, 

"Dik, Korang kembar ke?" soal makcik itu kepada aku dan Azira.
Aku dengan Azira macam blur blur gituu. Tapi aku tahu kenapa makcik tu kata kami kembar, sebab kami sama-sama pendek. Anis sorang je yang tinggi masa tu okayy.
Then, ada pulak orang kata, Anis tu kakak aku. Okay hal ini terjadi kerana dia tinggi dan nampak sedikit tua berbanding aku :'P

Banyak lah memori kitaorang bersama. Ingat tak ingat je. Main dekat belakang surau lah, konon nak tanam harta karun alih alih tanam belalang yang diletakkan dalam botol then tanam dalam tanah. Okay bijak.
Then main berlari dekat belakang surau, dengan beg tak reti letak tepi memang sangat kebudak-budakkan.
Kalau aku cerita pasal memori tu, memang takkan habis okay. Hanya Aku, Azira & Anis je yang ingat :')

Mak aku ada kata, kalau ada orang tegur muka kita sama macam kawan kita, memang mesti ada yang akan pindah. Hal tu memang terjadi dekat kitaorang.
Mula mula Azira pindah.
Tak silap aku masa darjah 4 kot :') Azira pindah dekat Perak :')
Perpisahan kami memang buat aku sedih kot.
Sebab masa tu aku memang kamceng gila dengan Azira biarlah hubungan persahabatan aku dengan Anis lebih lama sikit pada  Azira. Aku kawan dengan Anis since prasekolah. Berkawan dengan Azira pula, masa darjah satu until sekarang :') Aku pun tak tahu kenapa chemistry aku dengan Azira ngam gila. Maybe sebab kita orang "kembar", kot? :')

Then Anis pulak pindah.
Anis pindah lepas ambil result UPSR. Hujung bulan 12.
Kenangan kita memang banyak :')
"Singa pakai tudung" kau ingat anis? :')
Btw, Anis pindah dekat Kedah dan masih menetap di sana.

Then akhir sekali aku pulak yang pindah. Sampai sekarang aku masih menetap di Kelantan.
Aku pindah masa hujung bulan 12/2011.

Maybe betul apa yang mak aku kata. Bukti? Perpisahan tu memang berlaku.
Dan sekarang kami masih bertukar-tukar rindu dan khabar. Hihi. Sweet kan kami? :'D
Apa-apa pun, sedaya upaya aku masih nak kekalkan persahabatan tu sampai bila bila selagi aku mampu.
Tapi taktahu lah apa yang akan terjadi masa akan datang,kan?
Harap-harap kita akan berjumpa  kembali :*

K lha got to go. By the way, aku terjumpa this picture kat instagram. Ili yang upload and aku printscreen je gambar tu. Haha. Sorry Anis, gambar kau tak ada dalam ni. Kita kan kelas asing-asing kan? :')





new past